Obses Berblogging Hingga Terlupa Homework?

Assalamualaikum dan hye!

Entry kali ni MEMANG sesuai untuk pelajar. Pelajar seperti fiqa lah! Fiqa mengaku, fiqa terlalu obses sangat dengan dunia blogging nih sampai ketepikan homework. Bukan terlupa kay, KETEPIKAN. Benda macam ni memang selalu berlaku dalam kehidupan seseorang murid/pelajar. Bila dah last minute, baru nak menggelabah, betul takk? Betul lah sangat tuu.

Jadi, untuk mengelakkan kejadian ini berlaku, Fiqa ada sedikit tips nak bagi. HUGE thanks to kawan baik fiqa, sebab bagi tips ni. Fiqa amalkan, memang menjadi! Okay, taknak buang masa, jomm!

Homework First!
Haa, kalau dah terajin sangat nak edit blog tuu, janganlah lupakan tugas kita sebagai seorang pelajar. Belajar, belajar, belajar. Homework pun same tauu! Benda ni lagi parah kalau pelajar tu anak orang kaya yang ada laptop dia sendiri. Amboii, menjadi-jadi lah dia edit blog dan buang masa macam tu je. Jangan amalkan selalu ye, kalau tidak nantu tidur pukul 1-3 pagi pulak korang. Nanti esok gi sekolah ada eyebags, dah hilang keayuan semulajadi korang tu.

Solat Diutamakan!
Yang ini untuk yang muslim sahaja lah. Solat tuu, mesti lah WAJIB dilaksankan oleh semua umat Islam. Lagi-lagi pelajar macam kita ni, lagilah kena rajin solat. Tak kiralah solat fardhu, solat sunat, solat hajat... Macam-macam lagi. Barulah senang nak belajar. Ye takk?

Fiqa rasa sampai tu je lah kott. Cakap orang, Fiqa pun tak siap lagi homework setinggi-tinggi Gunung Kinabalu tuh. Nasib baik masih pagi. Kay byebye :)

No comments:

Post a Comment