Cikgu Suruh Buat Homework Tapi Tak Check ?!



Assalamualaikum and holla! ^^

\Bismillahirrahmanirahim/  Post ni khas untuk manusia ciptaan Allah yang bergelar pelajar2, murid, siswa siswi dan sewaktu dengan nya. Korang mesti pernah kan, bila cikgu suruh buat homework tapi last - last cikgu tak check pun? Mesti korang bengang gila ann? Ye la, mana tak nya, penat - penat kita buat, sampai ada yang tidur pukul 1-2 pagi, last - last cikgu tak check pun.

Mungkin cikgu tak check sebab cikgu tak nak kita bertangguh. Macam fiqa jugak. Contoh ayat cikgu fiqa ;

" Kamu buat page 30 - 35 kat rumah nanti. Esok saya mahu tengok. Kalau siapa tak siap, tau lah awak apa saya akan buat "

Dengar cikgu cakap macam tu, kelam kabut lah semua buat, ye tak ?? Lagi - lagi dengar ayat yang paling last tu. Dalam fikiran mesti kita terfikir cikgu akan rotan, berdiri atas kerusi, jalan sepanjang koridor sambil pakai tag gergasi bertulis "saya tak siap kerja sekolah" .Tapi hukuman yang last tu, mungkin tak ada kott. Huhu -,-'  

Bila esoknya cikgu akan cakap macam ni ;

" Dah siap kerja sekolah yang saya bagi semalam? Bagus. Buku latihan tu nanti hantar minggu depan ya "

Dalam hati murid - murid , "hek eleh... buat penat je stay up sampai pukul 1 semalam buat benda ni.."

Tapi, korang jangan lah marah cikgu tu. Mungkin ada kebaikannya cikgu suruh buat awal-awal. Mungkin sebab tak nak kita bertangguh. Cikgu nak latih kita jadi murid yang berdisiplin. Tapi perkara yang paling fiqa tak suka bila buat homework sampai pukul 1-2 pagi adalah eyebags . Habis hilang keayuan di wajah ku yan comel ini . Hikhok >.<

Sekian,
Assalamualaikum.  

No comments:

Post a Comment