Peperiksaan Ditukarkan Kepada PBS

Assalamualaikum, hello makcik pakcik abg kakak adik cantik hensem atok nenek perdana menteri,

Okay, minta maaf di atas keterlanjuran saya memanggil korang. Hekhek. Dah lama kan tak post? Sorry beb, fiqa sendiri sibuk dgn aktiviti harian. Sampai takboleh nak bukak komputer *okay sebenarnya tipu saja, boleh aja fiqa bukak facebook dgn twitter* . Hah apa? Nak follow twitter? Baiknya hati korang. Okay ni dia --> Twitter saya yang sangat comel. Eh, untuk pengetahuan korang, twitter pun comel tau.

Okay straight to the titik, "Peperiksaan Ditukarkan Kepada PBS". Apa maksud "PBS" tuu? PBS ni, nama panjang dia ialah Peperiksaan Berasaskan Sekolah. So semua sekolah tak sama tarikh la dia punya periksa mcm yg biasa tuu. Ini cikgu bagi setiap matapelajaran yang bagi periksa kat korang, masa P&P. Maksudnya, waktu pembelajaran macam biasa.

PBS ni, dia takda markah mcm 90 ke, 86 ke 78 ke. Cikgu bagi markah dengan Band 1, Band 2, dan seterusnya sampailah ke Band 6. Band 6 adalah paling tinggi. Macam 90 ke atas lah kalau nak diikutkan dengan markah biasa. Band 6 ni, dia uji dari segi kekemasan, kepandaian korang buat sesuatu kerja yang cikgu bagi.

Cikgu jugak nilai kita dari segi perilaku kita semasa kita buat ujian tuu. Contohnya, masa buat ujian tuu, korang cool, relax je tapi hasil dia mantop, dapatlah band 6. Tapi kalau korang kalut, minta bantuan kawan, mungkin peluang nak dpt Band 6 sikit.

'Band-band' ni jugak boleh pihak asrama gunakan untuk pelayakan kemasukan asrama. So kalau sape yang teringin sangat nak masuk asrama, do it the best lah. Cuba biasakan diri jadi cool and relax. Dan jangan minta bantuan kawan atau orang lain.

Sekian,
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment