Parallelogram


Assalamualaikum.

Hari Jumaat ritu kelas aku ada belajar Maths. Haritu pulak kitorang belajar tajuk Geometric pebenda tah maaf tak ingat huhu. Tengah elok dibuai mimpi (ecece takyah nak dibuai mimpi sangat kot) tiba-tiba cikgu maths aka cikgu K bertanya kepada seisi kelas.

Cikgu K : Ingat lagi tak bentuk parallelogram macam mana?
Murid-murid : Tak.....
Cikgu K : Kalau tak ingat, bentuk paralellogram adalah seperti rectangle yang ditiup angin kencang.

*Lalu Cikgu K pun melukis parallelogram di whiteboard*

Kitorang pun gelaklah terbaha-bahak dengar cara Cikgu K mengingatkan semula bentuk parallelogram......



Inilah dia rectangle (atau lebih kepada square sebenarnya) yang ditiup angin kencang.

Karnival SMKLK 2013

Assalamualaikum uolls.

Kamu tahu enggak hari isnin lepasnya guweh cuti? Oh iyaaaaa. Masa hari jumaat tu memang heaven lah. Pertama, sebab esok cuti (sabtu). Kedua, cuti sampai isnin. Ketiga, isnin ada maths tapi memandangkan isnin cuti so tak belajarlah maths hingga hari khamis ni. Keempat, kerja-kerja sekolah sikit =) Wah, bab-bab listkan kenapa aku gembira aku sangat expert uolls.

Oh jap, sebelum aku sambung entri yang sebener-benernya, cuba tengok ni hah.

Ini namaya Chombi. Wah sungguh sopan gituuuuwww! Memang patutlah sampai sekarang kau tak mengandung ye Chombi. Lasak kemain lagi engkho.

Pada hari Ahad lepas, duapuluhsatu haribulan empat, sekolah aku telah mengadakan karnival. Wah ayatnya berbunyi seperti nak buat karangan gitu. Karnival ini sudah semestinya bertempat di sekolah guweh. Di depan kantin. Hari Karnival tahun ni memang best. Selain daripada jaga gerai sendiri sambil mulut ternganga dalam kepala otak pikir 'kenapa takde orang nak datang gerai aku ni....'. Bila pandang sebelah tengok kawan dia buat 'dah lamaa...engkau...tungguuu....?' Kahkah, siapa yang tengok Lawak Ke Der 2 je faham :p Cikgu ada tambah beberapa aktiviti lasak seperti flying fox, straight soccer, paintball dan yang baling-baling dart tu. Hadiah dia pun best, bagi aktiviti paintball dan straight soccer, siapa yang dapat target dia 8 atau lebih, dapat hadiah berupa handphone. Tapi yang paintball tu bukan yang macam ni ha
'Dah lama aku berdengki dengan kau Leman. Kuang hajo kau rampas Peah dari aku. Dah lama kita berkawan macam ni kau balas kat aku?! Hah sekarang ni terima padahnya' *tatatatatatatata*

Paintball kat sekolah aku tu dia main target. Kau tembak kena target tu pastu lebih dari 8 kali kau kena target yang tepat, dapat lah hadiah handphone tu. Sungguh hambar bukan? Aku ingat yo yo o je main war kat padang. Last-last cam ni je adoi.

Tahun ni, kelas aku tak bukak gerai. Tahun lepas kitorang ada la bukak gerai. Tapi pengawas ada bukak gerai. Pengawas dari kelas aku la yang bertugas time tu. Kitorang apa lagi lepak di situ brader kalau cikgu pengawas tu datang kau nak jawab apa brader?

Ahhh persyaithoowwnn kan semua itu. Nah nengok lah ni ha sungguh comel gituuuww~

Yah ini adalah salah satu kewajipan ye kawang-kawang. Pantang berkumpul pastiiiiii. Oh ya, ini depan gerai pengawas

Ini ler gerai pengawas. Nampak tak muka-muka jejaka yang kepenatan masak lasagna. Walaupun diorang muka bler selenger skema, lasagna diorang buat sedap uolls.

Mehehehehe. Aku rasa aku dilanda krisis duckface paling krisis terkrisis di dunia. 

Bye uolls.