Fakta Menarik Tentang Tidur

Assalamualaikum,

Fuhh. Puas tak tidur sepanjang cuti ni? Yelah, kalau murid yang bersekolah sesi pagi macam aku ni, kena bangun awal. Lagi-lagi yang pergi sekolah naik van/bas. Kenalah bangun awal-awal, kalau tak nanti terlepas pulak van/bas tuu. Ada sorang kawan aku ni, dia terpakai kasut sekolah adik dia sebab nak kejar van dia. Fuhh, gelap-gelap dah kena berkejar-kejaran kann?

Haa,  sebelum atau selepas korang tidur tu, pernah tak terfikir, apa yang menarik tentang tidur ni sampai ada yang bangun tengah hari? Aku search kat internet tadi, adalah jumpa fakta menarik tentang tidur ni. Nak tau, jom tengok.

  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari. Tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22 jam), kelawar (19 jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah  zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah (3 jam lebih sikit).
  • Apabila dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh otaknya digunakan untuk membantu proses pernafasan.
  • Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
  • Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi 'indah' atau 'ngeri'. Mereka yang tidak bermimpi dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
  • Perkara yang berlaku ketika tidur adalah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
  • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
  • Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang orang yang pernah kita jumpa tidak kira masih ingat atau tidak.
Haa ambik kau, banyak perkara yang berlaku masa kita tengah tidur. Kalau taknak ada eye bags, kena lah tidur secukupnya.

No comments:

Post a Comment