- Tudung senget-benget pun takpa, janji tudung, bukan batu.
- Beg sekolah mesti ada gambar Barbie/cartoon.
- Botol air yang ada tali boleh sangkut kat leher tu. Senang. Kalau nak main lari-lari ke apa pun senang.
- Baju kotor tak kesah, janji belum koyak lagi.
- Perkataan 'babi' adalah sangat 'haram' bagi murid-murid sekolah rendah. Kalau mencarut pun, guna perkataan 'bengong'. Sangat sopan kan kita masa sekolah rendah?
- Kasut setiap minggu basuh, kapur. Tu tak tau lah ada yang orang lain basuhkan ke :p
Masa sekolah menengah :
- Tudung mesti kena perfect. Tak boleh berlapis-lapis. Bentuk tudung yang paling popular bentuk oval lurus. Mesti kena cantik, kemas.
- Beg sekolah kena ada brand. SAG, Body Glove.
- Tak bawak botol air/bekal pun takpa.
- Baju kena kemas/cantik. Lengan baju kadang-kadang ada yang lipat sampai bahu eh siku.
- Perkataan 'babi' dah jadi mcm perkataan harian dah. Kalau dulu ada yg cakap 'babi' mesti marah dia atau terkejut. Sekarang dah lain. Normal beb perkataan tu.
- Kasut tak basuh pun takpa.
p/s : Ada org tgh berlakon kat depan rumah aku. Ada Wan Sharmila beb
betul tu , yang penting masa sekolah rendah rajin bawak buku teks , tapi bila sekolah menengah , tinggal buku bawah meja . lagi mudah xD
ReplyDelete