Assalamualaikum
Disebabkan aku ni pencinta kucing yang tegar, so apa salahnya aku minta 2 ekor anak kucing dari auntie aku kan? muahahaha. Nak dijadikan cerita, masa tu Hari Raya Aidilfitri (2012). Jadi kebiasaannya family aku akan balik ke kampung belah mak aku iaitu di Kedah dan Pulau Pinang. Sebenarnya kampung mak aku di Kedah, tapi disebabkan ramai saudara-saudari-saudare di Pulau Pinang, so kitorang lawat situ jugak =') Haritu raya ke-4 kot, kitorang pergi rumah tokchik aku, iaitu makcik kepada mak aku. Dekat sebelah rumah dia terletaklah rumah auntie aku mehehehehe. Lepas lawat rumah tokcik tu, pergilah rumah auntie tu. Rumah dia bukan rumah kampung kayu ni dak, rumah banglo kat kampung wo manyak cantik. Masuk je rumah terus meluru pergi kat tempat anak kucing tu Ya Allah comelnya! nak je aku jerit kat situ tapi takdalah aku ni kejam sangat dok mengacau ketentaraman anak-anak kucing tu tengah tidur. Lepastu pulak, pergi rumah tok andak aku pulak, depan tu je. Dekat-dekat je, senang kan? Dekat rumah tok andak tu puuunnnn ada anak kucing apa lagi kitorang kerja dok main-main jelah anak kucing tu sampai nak balik je semua hachum hachum. Tapi kittens kat rumah tok andak ni gebu gebu.
Ni dia anak kucing tok andak. Sebenarnya ada lagi 3 ekor, tapi sempat snap yang ni je. Tapi sayang, yang ni dah ada orang book. So sad man =(
Maghrib tu nak balik dah. Tetiba auntie aku tu tanya "Eh hang nak tak anak kucing ni?!" Kitorang dalam kereta apa lagi "NAK! NAK! NAK!!!!"
Yay esok tu selamat sampai Kuala Lumpur kota raya ku Alhamdulillah =') Jeng jeng jeng, isnin minggu depan tu auntie aku bawak kittens tuuuuu!!
Combi yg depan, MJ yang belakang. MJ = Mami Jarum! (Harap maaf, sangkar ini kelihatan buruk kerana sudah disimpan berkurun lamanya)
Masa tu akulah orang paling eksaited dalam dunia. Keja aku asyik cium je diorang ni zzzz =.="
No comments:
Post a Comment