Assalamualaikum. Firstly aku nak cakap KENAPA PERIKSA BI AKU MENURUN like the fish?!??! Dari A ke B what a shame maaannn. Eh jap jap. Jom straight to the titik.
Aku nak bagi tips kat orang macam lah blog aku ni popular kan. Followers pon 63 je wkwkwkwkwk. Alaa, takpela kan, kongsi ilmu kan dapat pahala, dari kedekut ilmu Allah tarik balik ilmo ko padan muka haha. Eeee kak Fiqah jahatnyeerrww. Tips tips!
1. Font simple
Like seriously, kalau korang guna font yang fancy berangkai-rangkai lagi pastu tulisan tu belok sana belok sini tak ke orang pening baca? Terpusing-pusing orang baca post korang. Cer bayangkan pembaca tu dkt CC? Haha no comment. Recommended fonts : Arial, trebuchet, etc. Sama jugak kalau periksa BM penulisan karangan. Karangan meletops kedebabom pon tapi kalau tulisan korang macam cakar itik macam mana? Potong markah terus. Elok-elok dapat 28/30 terus dapat 18/30 who knows right?
2. Penggunaan Bahasa
Jangan guna bahasa boyan ok. Contoh ;
"Harierww nieerrww karnd, titeww pewwgiy Pulau Pangkor. Bessyyt sangard! Tapierww, titeww tark tangkarp gambaw larrh, cebab . . titeww malasy! Har . Har . Har . "
Eh panjang semacam je contoh aku kang aku pulak terikut-ikut jadi boyan ni kang wkwkwkwkw~ Weh pleaselah, jangan sesekali ..ku rasa teringin (lagu kak Ziana) guna bahasa jenis ini. Ini akan menyebabkan orang tu frust and mengalami tekanan perasaan yang begitu hebat sekali dan menyebabkan dia mengantukkan kepalanya di komputer/laptop menyebabkan komputer/laptop tu apalagi pecah lah kan? Woi drastik gila kau punya sebab doe :P
3. Penggunaan warna
Font : Cer guna warna hitam or kelabu nak jadi hitam macam warna font aku ni wkwkwkw. Kalau terlalu kelabu sangat orang takleh baca. Katakanlah ;
"Hari ni kaann kita kaan pergi Pulau Langkawi kaann! Pastu kaann kita tak tangkap gambar apa2 pon kaannn sebab kita malas pon kaann! Lawak tak kita kaannn~"
Orang baca pon 'ih malas la nak baca post dia. Nak buta aku baca post ni' Eh itu aku la tu.
4. Penggunaan background
Please lah jangan guna background yang animated. Warna background pon jangan lah terlalu terang macam hot pink, merah terang gila nak mampos tu.
5. Lagu
Kalau nak letak lagu, diharapkan sangat jangan letak lagu rock. Cer bayangkan situasi macam ni :
Ali (bukan nama sebenar) yang berumur 45 tahun sedang melayari internet. Tiba-tiba, dia menjumpai sebuah link yang membawa beliau ke sebuah blog ini. Apabila blog tersebut telah dibuka di new tab, tiba-tiba sebuah lagu rock kapar giler nak mati bermain. Ali yang kebetulan mengalami penyakit jantung terus meninggal dunia kerana terkejut yang amat.
** cerita ini hanya rekaan sahaja, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau mati **
"Arwah baik orangnya".
"Arwah baik orangnya".
Amek kau. Gila-gila punya aku bagi contoh.
Sekian, wabillahitaufik wahidayah, wassalamualaikum.
P/S : Doakan keputusan Sejarah, Maths, Geo, KHB, BM aku ok. Thanks =)
No comments:
Post a Comment