Paranoid

Assalamualaikum

Pernah tak dengar perkataan paranoid? (dalam otak; pernah....") Tahu tak apa maksud dia? (taaakkkk) K jap eh nak gi google.

Entahlah aku jumpa kat google dia kata 'perasaan/rasa takut'. Apa yang pasti, dari segi pemikiran aku, paranoid ni dia macam rasa takut dia berlebihan. Aku ni bolehlah dikatakan seorang paranoid yang tegar. Tegerr. Kahkah.

Contoh paranoid yang aku pernah alami : 


  • Masa tengah syampoo rambut. Bila nak bilas kena tutup mata kalau tak shampoo tu masuk mata pedih betol? So masa tengah bilas tu lah timbul benda paranoid ni. 'Eh kalau aku tutup mata, tetiba hantu dok bertenggek depan mata aku macam mana?' Haa tengok betapa tak logiknya aku masa tu. 
  • Sebelum tidur. Aku lah yang paling lambat tidur sebab perasaan/benda/whatevah paranoid ni mengganggu. Bilik aku kat tingkat atas. Kat tingkat bawah memang takda sapa-sapa. Kecuali kucing aku. Kucing-kucing aku. Tetiba aku terdengar bunyi dari tingkat bawah. 'Alamaaaakkk apebenda pulak tu paranormal aktiviti kah? Aku dahla nak tidur nii adush'. Mulalah dalam kepala otak aku; perompak lah, perogol lah, penculik lah, apek jual ikan tengah-tengah malam biasalah dah nama pun dah tua nyanyok kot eh tak tak. 
  • Home alone. Mak aku gi kedai kakak aku pulak ikot adik aku pulak mengada nak ikut oh biasalah tu, ayah aku gi kerja, abang aku kat kolej kat Ipoh nunn. Seperti biasa kalau ditinggalkan seorang diri kat rumah mestilah timbul perasaan takut tu. Sebagai seorang paranoid yang tegar, aku ambik dua-dua kunci rumah dan telefon rumah just in case tetiba ada orang pecah masuk ke.
  • Masa nak tidur. Kipas pasang sampai nombor 5. Biasa lah tu, sedap nak tidur kihkih. Pentingkan tumbuseran oppss. Pastu aku perhatikan kipas tu. Kipas tu pulak perhatikan aku #eh. Kipas tu macam goyang-goyang je pastu aku paranoid. Kipas ni kang jatuh pulak atas aku. Pastu daging aku pulak pecah-pecah macam dalam satu cerita aku pernah tengok kat tv. Kipas dia terjatuh atas dia pastu daging dia macam cebisan berterabur merata tempat. Eeeuuu geli kan? 
Sekarang sudah faham? 

Kesan-kesan Paranoid : 
  • Mengelakkan diri daripada danger. (amboih berlagak mat salleh kaauu). 
  • Tidur lambat.
  • Rambut tak bersih sebab terburu-buru bilas.
  • Eyebags kat mata. Mencemarkan keayuan ku. Aaaaaaa
K k. Yang keayuan tu aku tak sure lah kahkahkah. 

No comments:

Post a Comment